KUALA LUMPUR -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di enam negeri yang dijangka berlaku sehingga Isnin ini.
Hujan tahap buruk sepanjang hari ini dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sementara hujan berterusan tahap waspada untuk tempoh sama, diramal berlaku di seluruh Kelantan, dan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), manakala Pahang (Jerantut dan Maran) dan Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian).
Keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang bermula esok hingga Sabtu ini.
Di Sabah pula, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku bermula esok hingga Isnin di kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat) serta Labuan. - Bernama