Kolaborasi Sinar Rovers, SHCT bantu komuniti setempat

Iklan
Nik Justin (dua dari kanan) menyerahkan kameja-T Sinar Harian kepada Shamsul Kamar.

SINAR Rovers dan Surau Hamideen Cycling Team (SHCT) menjalinkan kerjasama dalam usaha menyantuni dan membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, SHCT akan memberikan bantuan sukarela melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) atau misi bantuan yang dibuat oleh Sinar Rovers.

Iklan
Iklan

"Menariknya kelab ini juga ada terdiri daripada golongan pesara dan kami gembira kerana mereka sudi turun padang bersama untuk memperkasakan komuniti.

Sebagai tanda simbolik kerjasama itu, Nik Justin turut menyerahkan 48 helai kameja-T Sinar Harian Telus dan Telus kepada Komandan Aktiviti SHCT, Shamsul Kamar Yaacub pada Khamis.

SHCT akan bekerjasama dalam program CSR dan misi bantuan yang dianjurkan Sinar Rovers.

Iklan

Dalam pada itu, Shamsul Kamar berkata, kelab itu akan terus menyokong inisiatif Sinar Harian melalui program CSR yang dianjurkan.

"Kami berterima kasih atas sumbangan ini. Kami memang sentiasa menyokong program anjuran Sinar Harian dan akhbar ini kerana mengamalkan konsep Telus dan Tulus," katanya.

Iklan

Menurutnya, kelab basikal tersebut dianggotai oleh 80 orang ahli pelbagai peringkat usia termasuk ahli veteran dan sentiasa aktif melakukan aktiviti.