Maritim patahkan cubaan seludup 282,000 batang rokok

Iklan
Bot pancung digunakan penyeludup untuk membawa masuk rokok kretek secara haram di perairan Kuala Batu Pahat.

BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Batu Pahat berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup 282,000 batang rokok putih bernilai lebih RM303,000 di perairan Kuala Batu Pahat pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunos berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu bot ronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Kira-kira hampir 10 minit, anggota Maritim Malaysia mengejar kedua-dua suspek yang dipercayai warga tempatan, namun tidak berjaya," katanya pada sidang akhbar di bilik mesyuarat Zon Maritim Batu Pahat pada Khamis.

Mohd Haniff menunjukkan kotak berisi rokok kretek yang dirampas pada sidang akhbar Zon Maritim Batu Pahat.

Menurut Mohd Haniff, kesemua rokok disyaki diseludup dari negara Indonesia untuk dijual secara haram di negara ini.

Iklan

"Kebiasaannya penyeludup akan menunggu air pasang besar untuk melakukan aktiviti kerana memudahkan mereka untuk merapati tebing dan memunggah barang-barang seludup.

"Bot fiber berserta sebuah enjin dan rokok yang dirampas ditunda ke Zon Maritim Batu Pahat. Kes akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Iklan

"Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan seterusnya memastikan perairan Johor selamat, aman dan terkawal," katanya.