Semua PPS tidak berdaftar akan diwartakan - TPM

Iklan
Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan ucapan kepada mangsa banjir di PPS SK Jelor, Pasir Puteh pada Khamis.

PASIR PUTEH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) di negara ini yang tidak berdaftar dengan kerajaan akan diwartakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) itu berkata, beliau telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk berbuat demikian bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mangsa banjir yang berpindah di PPS.

Iklan
Iklan

"Sebagai contoh PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kebangsaan Jelor, saya dimaklumkan seramai 500 mangsa dipindahkan ke sini tetapi ia bukan PPS yang diwartakan jadi bantuan tidak sampai," katanya semasa melawat PPS SK Jelor di sini pada Khamis.

Hadir sama ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan akan membina sebuah dewan khas untuk dijadikan sebagai PPS di setiap sekolah yang terlibat.

Ujarnya, dewan tersebut akan digunakan sebagai PPS semasa banjir manakala pada waktu lain ia boleh dijadikan tempat aktiviti sekolah.

Iklan

Ahmad Zahid juga memberitahu, sebanyak tiga treler makanan dari Kuala Lumpur akan dibawa oleh Kelab Putra Malaysia untuk diagihkan di Kelantan dan Terengganu.

"Setiap bantuan makanan yang dibawa treler tersebut bernilai RM60,000.

"Ia bagi menampung ketidakcukupan bekalan makanan yang dialami mangsa banjir di kedua negeri ini," katanya.