Peruntukan RM7,000 kepada pusat khidmat di Perak diteruskan

Iklan
Kerajaan negeri bersetuju meluluskan pelbagai Peruntukan Khas kepada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri berjumlah RM67.5 juta pada Bajet 2023.

IPOH - [DIKEMAS KINI] Peruntukan kepada 59 Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Perak diteruskan dengan kadar RM7,000 sebulan membabitkan jumlah keseluruhan hampir RM5 juta setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain itu, setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menerima tambahan peruntukan berjumlah RM300,000 iaitu peningkatan RM100,000 daripada tahun 2022.

Iklan
Iklan

"Peruntukan ini tidak terhad kepada kawasan masing-masing," katanya dalam Pembentangan Bajet 2023 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Khamis.

Katanya, tambahan daripada itu, RM40,000 turut disediakan bagi empat program perayaan utama melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM20.4 juta.

Iklan

"Secara keseluruhan, kerajaan negeri bersetuju meluluskan pelbagai Peruntukan Khas kepada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri berjumlah RM67.5 juta iaitu pertambahan RM19.5 juta berbanding tahun 2022," katanya.

Iklan