Majlis Media perlu digerakkan pengamal media

Iklan
Johan Jaaffar
KUALA LUMPUR - Majlis Media Malaysia perlu digerakkan oleh pengamal media sendiri bagi mengelak timbul isu dominasi pihak kerajaan, kata Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.

Beliau berkata, penubuhan badan itu perlu mendapat ‘sentuhan’ pengamal media untuk memastikan hak-hak media disuarakan secara kolektif oleh mereka yang pernah menjalankan tugas sebagai wartawan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan akan meneliti keperluan penubuhan Majlis Media Malaysia sebagai antara komitmen Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Johan turut menyatakan keperluan mewujudkan sebuah suruhanjaya atau organisasi sepadannya yang membolehkan orang awam membuat aduan berkenaan laporan berita.

Katanya, ia supaya keseimbangan dalam laporan berita dapat dipertahankan sebaik mungkin.

"Ia bukan untuk mengawal atau menyusahkan wartawan tetapi kita memperkasa profesion kita dengan membenarkan orang ramai membuat aduan (dengan bukti sahih) dan kita mengambil iktibar daripadanya,” katanya. - Bernama