PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menegaskan tidak ragu-ragu bahawa Lionel Messi adalah pemain terhebat sepanjang zaman.
Malah menurut Guardiola, pendapatnya tidak berubah walaupun penyerang itu tidak mengemudi Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Iklan
Iklan
"Semua orang mempunyai pendapat, namun tiada siapa boleh meragui Messi berada di sana sebagai yang terhebat sepanjang zaman.
"Messi adalah yang terbaik, malah diakui sukar untuk seseorang pemain lain boleh menyaingi kelebihan dimiliki dia selama ini.
"Orang yang pernah melihat Pele, Alfredo Di Stefano atau Diego Maradona...pendapatnya adalah sentimental, namun jika Messi tidak memenangi Piala Dunia, dia tetap pemain terhebat,” kata Guardiola.
Messi sebelum ini menjaringkan dua gol dan sekali lagi dalam penentuan sepakan ketika dia membawa Argentina menang 4-2 menerusi penentuan penalti ke atas Perancis, dengan perlawanan akhir berakhir 3-3 selepas 120 minit.
Pemain berusia 35 tahun itu, yang menikmati kejayaan sarat trofi di bawah Guardiola semasa berada di Barcelona, turut memenangi Anugerah Bola Emas untuk pemain terbaik dengan penyokong mengatakan prestasinya telah meningkatkan lagi statusnya.