Bas masuk parit, 21 penumpang terselamat

Iklan
Keadaan bas dua tingkat yang terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Manik Teluk Intan pada pagi Jumaat. - Foto Bomba Perak

TELUK INTAN - Seramai 21 penumpang sebuah bas ekspres terselamat selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Manik dekat sini pada Jumaat.

Kejadian sekitar jam 5.20 pagi itu dipercayai berlaku selepas bas berkenaan melanggar tiang elektrik.

Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa. - Foto Bomba Perak

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan itu sendiri.

"Hanya pemandu bas berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan ringan dan anggota telah membuat rawatan awal kepada mangsa," katanya.

Iklan

Difahamkan, bas dua tingkat berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim.

Iklan