Jumlah mangsa banjir di Terengganu makin berkurangan

Iklan
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Cerang Meliling di Besut, Terengganu ketika banjir buruk melanda daerah itu pada Ahad lalu. - Foto Ihsan Bomba

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin berkurangan dengan merekodkan sejumlah 25,895 orang pada pagi Jumaat berbanding 26,484 orang pada tengah malam Khamis.

Setakat ini 181 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan bagi menempatkan 6,844 keluarga dari seluruh daerah yang terjejas banjir.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sehingga jam 8 pagi ini tiga daerah menunjukkan pertambahan mangsa banjir iaitu Kuala Terengganu (2,503), Kuala Nerus (3,561) dan Dungun (5,201).

Sementara itu, dua daerah lagi iaitu Setiu, dan Marang tidak merekodkan perubahan dengan mencatatkan seramai 1,118 dan 197 mangsa.

Iklan

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, keadaan cuaca diramal semakin baik di seluruh Terengganu namun masih terdapat hujan di beberapa kawasan.

Iklan