'Barkoba' santuni mangsa banjir di Terengganu

Iklan
Hishamuddin (tiga dari kanan) bersama Bell Ngasri (dua dari kanan) ketika misi bantuan banjir di kawasan Tepoh. - Foto ihsan Facebook Hishamuddin Abdul Karim

KUALA NERUS - Pelakon terkenal dengan karakter Barkoba menerusi filem 18 Puasa Di Kampong Pisang, Nasrizal @ Ngasrizal Ngasri tidak melepaskan peluang untuk turut sama membantu mangsa banjir di Terengganu.

Menurut perkongsian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, beliau terserempak dengan pelakon itu ketika membantu penduduk terjejas di sekitar kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Siapa sangka dalam kerancakan misi banjir, tiba-tiba terserempak dengan Nasrizal Ngasri @ Bell Ngasri yang turut sama melibatkan diri dalam misi bantuan banjir bersama Yayasan Ikhlas.

Menurut perkongsian sama, Hishamuddin berkata, beliau menyambut baik usaha dan bantuan daripada semua pihak bagi membantu rakyat Terengganu yang kini ditimpa kesusahan dan terkesan akibat bencana itu.

Iklan

"Saya mengalu-alukan bantuan semua pihak untuk meringankan beban rakyat kami.

"Bertandangnya sukarelawan luar sudah cukup membangkitkan semangat kami untuk terus berbakti. Mungkin itu keberkatan yang dibawa tetamu yang berkunjung.

Iklan

"Terima kasih kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu perseorangan atas bantuan dan sumbangan yang berterusan," tulisnya.

Sementara itu, Bell Ngasri dalam perkongsian di laman Facebooknya berkata, dia bersyukur kerana dapat membantu mangsa banjir di Terengganu.

"Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyantuni dan membantu serba sedikit mangsa-mangsa banjir di Terengganu.

"Semoga air banjir semakin surut dan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas Malaysia yang sudi menjemput saya,"tulis pelakon itu.