KJ kongsi pengalaman di KBS dengan Hannah

Iklan
Hannah berkongsikan gambar duduk semeja dengan Khairy di laman Instagramnya pada Jumaat.

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengadakan satu pertemuan santai bersama Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut Hannah, pertemuan tersebut adalah bagi mendengar idea, pandangan dan pengalaman Khairy semasa di Kementerian Belia dan Sukan.

Iklan
Iklan

Hannah berkongsikan gambar kedua-dua mereka duduk semeja di laman Instagramnya pada Jumaat.

"Perjumpaan bersama Khairy untuk mendengar idea, pandangan dan pengalaman beliau semasa di KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

Iklan

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan bermula 2013 hingga 2018 sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Hannah pula dilantik memegang portfolio tersebut pada 2 Disember lalu.

Iklan