KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat meluangkan masa menikmati makan tengah hari bersama pengunjung di gerai Sup Meletup yang beroperasi di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.
Beliau yang disambut pemilik gerai Sup Meletup itu, Zolkhoari Abdul Aziz ketika tiba pada kira-kira 1.05 tengah hari, meluangkan masa kira-kira 15 minit menjamu selera sambil menyantuni pengunjung yang ingin merakam gambar kenang-kenangan.