Pesawat MYAirline

Iklan

Pesawat MYAirline tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo berkata, syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah mendarat secara rasmi di Pulau Pinang hari ini dan merupakan destinasi kedua di wilayah utara dengan ia menandakan satu lagi kejayaan dalam strategi rangkaian syarikat penerbangan itu.

Iklan
Iklan

Rangkaian laluan semasa MYAirline terdiri daripada lapan lokasi domestik di Malaysia iaitu Kuching, Kota Kinabalu, Langkawi, Kota Bharu, Sibu, Tawau, Miri dan Pulau Pinang sebagai lokasi terkini.