Bangun segera mekanisme subsidi bersasar - Rafizi

Iklan
Rafizi ketika sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Kerajaan perlu membangunkan segera satu mekanisme untuk mengkategorikan kumpulan atau individu yang akan menikmati subsidi bersasar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, negara ini tidak mempunyai pilihan dari segi ruang fiskal kecuali beralih kepada pelaksanaan subsidi bersasar.

Iklan
Iklan

"Saya ingat cabaran yang ada pada kerajaan sekarang bukan sahaja memastikan bahawa mekanisme itu adalah sesuatu yang berlaku adil supaya (individu atau kumpulan) tidak tercicir tetapi juga supaya ia dapat dilaksanakan cepat.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar penerbitan indeks harga pengguna (IHP) November 2022 di kementeriannya pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor memberikan tempoh selama dua minggu kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji dan melihat implikasi jika subsidi bersasar dilaksanakan melibatkan beberapa keperluan utama rakyat negara ini.

Iklan

Menurutnya, buat masa ini beberapa subsidi yang dilaksanakan seperti minyak dan tarif elektrik dimanfaatkan oleh semua rakyat termasuk golongan kaya dan industri besar.

Dalam pada itu, tambah Rafizi, sekiranya keputusan telah dibuat tentang subsidi mana yang perlu diberikan, jabatan-jabatan kerajaan akan mengambil kira kesannya kepada inflasi dan rakyat.

"Jadi kita perlu mencari keseimbangan yang sebenarnya.

"Tiada gunanya ia naik ke tidak, inflasi ke tidak selagi kita tidak membangunkan mekanisme yang membolehkan kita mula agihkan subsidi dan bantuan kewangan kepada rakyat secara bersasar,” ujarnya.