Pengguna dinasihat tidak beli barangan melebihi harga purata

Iklan
Rafizi Ramli

PUTRAJAYA - Pengguna dinasihatkan agar tidak membeli barangan dijual oleh peniaga yang melebihi daripada harga purata.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini disebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan lain mengambil contoh tentang pemilihan makanan.

Iklan
Iklan

"Kalau kita tengok kepada pecahan inflasi, yang betul-betul mendorong inflasi dan perasaan kita bahawa harga barang ini naik ialah barang makanan.

"Barang makanan ini pula 11 peratus yang kita beli sudah siap masak di luar. Kebanyakan kita beli ini benda biasa (contohnya) nasi bajet dan nasi goreng ayam. Maksudnya ia banyak pengganti.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar penerbitan indeks harga pengguna (IHP) November 2022 di kementeriannya pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Iklan

Ahli Parlimen Pandan itu dalam masa sama turut berharap pihaknya boleh menyediakan sebuah ekosistem di mana tabiat membeli banyak dipengaruhi oleh harga yang berpatutan.

"Peniaga contohnya dia nak naikkan harga barang makanan yang dia jual masa ke masa itu dia fikir dua kali sebenarnya, tidak semudah itu (mahu naikkan).

"Kalau kena cara, ia akan sampai ke satu peringkat peniaga-peniaga akan fikir kalau dia naikkan (harga) akan hilang pelanggan. Sebab orang tahu (harga barang yang) naik itu terlalu tinggi,” ujarnya.