Rompak kedai runcit, lelaki dijel 8 tahun

Iklan
Tertuduh, Wan Aizat Azwan Wan Salleh, 33, (kiri) dikawal polis keluar dari lokap menuju ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, untuk dihukum atas kesalahan rompakan berkumpulan dan bersenjata parang.

KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin terhadap tertuduh, Wan Aizat Azwan Wan Salleh, 33, selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas dengan menggunakan sebilah parang merompak sebuah kedai runcit di Taman Nusa Jaza, Mulong dan mengambil wang tunai RM1,000 pada jam 11.10 malam, pada 2 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.