Misteri bau busuk bongkar kematian warga emas

Iklan
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah pada Jumaat untuk tindakan lanjut.

KUALA PILAH - Misteri bau busuk di Rumah Rakyat Dangi di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, identiti mayat lelaki berusia 67 tahun itu dikenal pasti sebagai Md Nor Dahalan.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa sudah meninggal dunia tiga hari dan kematiannya disahkan oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Johol.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Sementara itu menurut penduduk, mereka pernah memanggil mangsa dengan mengetuk pintu rumah berikutan terhidu bau busuk dan turut menghubungi isterinya, namun gagal mendapat jawapan.