Khairy ucap selamat maju jaya kepada Hannah

Iklan
Ciapan di Twitter Khairy pada Jumaat

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas kedua-dua pihak mengadakan satu perjumpaan.

Khairy yang pernah menjawat jawatan berkenaan bermula tahun 2013 hingga 2018 berkata, jemputan yang dibuat oleh Hannah itu adalah untuk berkongsi pandangannya berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.

Iklan
Iklan

"Terima kasih, Menteri @hannahyeoh atas jemputan untuk berkongsi pandangan berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.

"Selamat maju jaya di @KBSMalaysia!,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Iklan

Hannah terdahulu menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan pertemuan bersama Khairy adalah bagi mendengar idea, pandangan dan pengalamannya semasa di Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau turut berkongsikan gambar kedua-dua mereka duduk semeja di laman media sosialnya itu.

Iklan

Hannah baru-baru ini dilantik memegang portfolio tersebut pada 2 Disember lalu.