Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kuantan, Khairul Akmal Abdul Razak memacak bendera merah sebagai tanda amaran kepada pengunjung Pantai Sepat hari ini.
Amaran itu bertujuan menghalang orang ramai daripada melakukan aktiviti mandi-manda ekoran keadaan laut bergelora dan berombak besar yang boleh mengundang risiko lemas.
Pada cuti hujung minggu beliau bersama beberapa anggota ditugaskan memantau aktiviti pengunjung di sepanjang pesisir Pantai Sepat bagi menjamin keselamatan mereka ketika musim tengkujuh melanda negara.