Penggali kubur tinggal sehelai sepinggang
Iklan
Kamal memeriksa keadaan rumahnya di belakang Masjid Al-Irfan, Derga, Alor Setar yang terbakar pada Jumaat.
ALOR SETAR - Seorang penggali kubur tinggal sehelai sepinggang apabila kediamannya di belakang Masjid Al-Irfan, Derga, dekat sini, terbakar pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, rumah dua tingkat dengan segala peralatan kediaman itu musnah sepenuhnya.
Iklan
Iklan
Mangsa, Kamal Kassim, 55, berkata, ketika kejadian, beliau tidak berada di rumah tetapi berada di kawasan berhampiran sedang melakukan kerja di tanah perkuburan.
"Saya cuba untuk menyelamatkan harta benda yang ada namun tidak dapat berbuat-buat apa-apa meskipun nampak kebakaran itu disebabkan api terlalu marak.
Iklan
"Memang sedih sangat apabila mengenangkan tiada satu pun yang dapat diselamatkan tidak kira sama ada dokumen penting ataupun peralatan kediaman," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.
Kamal yang tinggal sendirian berkata, satu-satunya motosikal yang menjadi kenderaan utamanya bergerak melakukan segala urusan termasuklah membeli barangan keperluan juga tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran itu.
Iklan
"Saya kini tidak memiliki apa-apa dan ada baju yang sedang dipakai ini sahaja," katanya sambil merayu bantuan ataupun sumbangan untuk meringankan bebannya dan berteduh dari hujan dan panas
Kamal memberitahu, beliau kini menumpang sementara waktu di sebuah inap desa hasil bantuan imam dan warga Masjid Al-Irfan.
Sementara itu, anak perempuannya, Siti Fatimah, 25, memberitahu melihat asap hitam berkepul-kepul di udara ketika sedang berniaga di tepi jalan di sebuah sekolah berhampiran masjid tersebut.
"Bagaimanapun, saya tidak menyangka asap yang saya nampak itu datang dari rumah ayah sendiri dan lama-kelamaan barulah sedar rumah kami yang terbakar," katanya.
Siti Fatimah menganggarkan kerugian ditanggung bapanya hampir RM100,000 akibat kebakaran yang memusnahkan perabot dan pelbagai barangan elektrik termasuklah televisyen dan peti ais.
Mana-mana pihaknya yang ingin memberi sumbangan kepada Kamal bolehlah menyalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0210041000086089 atas nama anak perempuannya, Siti Fatimah Kamal.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam