Ikan pari lebih 8kg bawa tuah

Iklan
Mat Dahab (tiga, kanan) berjaya membawa pulang wang tunai RM70,000.

KOTA BHARU - Ikan pari seberat 8.27 kilogram membawa tuah kepada Mat Dahab Ismail setelah dinobatkan sebagai juara pertandingan memancing Malaysia Surfcasting Tour 2019 A Journey To Visit Malaysia 2020 di Pantai Bisikan Bayu, di sini.

Walaupun terpaksa panas terik, ia tidak sedikit pun membuatkan Mat Dahab dari Kota Bharu berganjak sehingga berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM70,000 dan mengalahkan 1,570 peserta lain.

Iklan
Iklan

Pemenang kedua, Rohaizad Abdul Shukor dari Melaka membawa pulang RM12,000 apabila berjaya mendaratkan ikan ebek seberat 2.253 kilogram.

Muhammad Ridwan Abd Aziz dari Pasir Puteh pula mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM5,000 selepas berjaya mendapat ikan pari seberat 1.35 kilogram.

Iklan

Majlis penutup dirasmikan Timbalan Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Hassan Mahmood yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan siri kedua itu.

Hadir sama Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin; Timbalan Pengarah Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Zurina Abdul Samad dan Pengurus WakJali Event, Md Zali Kasran.

Iklan

Sementara itu, Zurina Abdul Samad berkata, pertandingan ini membuka ruang kepada seluruh rakyat di negeri ini menyertai pertandingan tersebut selain mengeratkan silaturahim antara masyarakat.

Program anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 sekaligus sebagai platform mempromosikan pantai-pantai di seluruh negara.

Lapan lagi lokasi baharu selepas ini antaranya Pantai Remis (Selangor), Pantai Sepat (Pahang), Pantai Pontian (Johor), Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Pantai Kuala Perlis (Perlis).