Thailand ganti Bahrain tuan rumah Piala Asia B-17

Iklan
Skuad B-17 akan berkunjung ke Thailand untuk bersaing dalam Piala Asia B-17 2023. - Foto Agensi

SKUAD Bawah 17 tahun (B-17) negara tidak perlu 'terbang jauh' apabila Thailand bakal menjadi tuan rumah Piala Asia B-17 2023 selepas Bahrain yang dijadualkan menjadi tuan rumah kejohanan itu menarik diri selaku penganjur.

Perkembangan itu disahkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

AFC sebelum ini mengumumkan Bahrain akan kekal selaku tuan rumah bagi edisi 2023 susulan pembatalan kejohanan itu pada 2020 kerana pandemik Covid-19.

Bagaimanapun Bahrain menarik diri pada Jun lalu sekali gus memaksa tuan rumah baharu perlu diputuskan.

Iklan

Sebagai rekod, Malaysia layak selaku juara Kumpulan B selepas mengungguli pusingan kelayakan di Indonesia, Oktober lalu dengan pencapaian terbaik skuad negara adalah mara sehingga suku akhir edisi 2014.

Skuad bimbingan Osmera Omaro itu meraih kemenangan ke 4-0 ke atas Palestin, terikat 1-1 dengan Guam sebelum bangkit menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2 dan menutup kempen kumpulan menerusi kemenangan besar 5-1 ke atas Indonesia.

Iklan

Sebanyak 16 negara bertanding pada kejohanan itu dan empat pasukan terbaik akan layak beraksi di Piala Dunia B-17 2023 di Peru.

Selain Malaysia, 15 lagi negara adalah Jepun selaku juara bertahan, Qatar, Arab Saudi, Yaman, Australia, Tajikistan, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, China, Afghanistan, India, Vietnam, Thailand dan Laos.