Farmasi Singapura hadkan pembelian Panadol, Nurofen

Iklan
Notis pembelian ubat-ubatan diletakkan di farmasi seluruh Singapura. - Agensi

SINGAPURA - Beberapa rangkaian farmasi di seluruh Singapura akan menghadkan pembelian dua jenama ubat penahan sakit, Panadol dan Nurofen kepada enam kotak bagi setiap pelanggan, mulai Sabtu, lapor Berita Mediacorp.

Ini sekali gus menjadikannya peruncit-peruncit di Singapura menghadkan pembelian ubat yang dijual bebas disebabkan oleh permintaan melonjak sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

DFI Retail Group yang mengendalikan Guardian berkata, langkah itu dilaksanakan kerana ia 'sedang menyaksikan permintaan tinggi' bagi ubat paracetamol dan ubat demam.

Kedua-dua Panadol dan Nurofen adalah jenama popular bagi ubat penahan sakit yang dijual secara bebas. Panadol mengandungi paracetamol sementara Nurofen pula mengandungi ibuprofen.

Iklan

Peruncit dan farmasi di Singapura menyaksikan peningkatan pada permintaan ubat demam dan ubat selesema sepanjang minggu lalu yang dipercayai dihantar ke China, di mana sekatan-sekatan Covid-19 di merata negara tersebut sudah dilonggarkan sejak 7 Disember.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu menasihatkan orang ramai supaya membeli ubat bagi kegunaan peribadi sahaja, sambil menambah ia sedang memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan peruncit serta farmasi bagi memastikan ubat untuk merawat demam, batuk dan selesema kekal mencukupi bagi penduduk Singapura. - Agensi

Iklan