Bangkok dilanda jerebu teruk

Iklan
Keadaan jerebu di Bangkok dilaporkan semakin teruk. - Foto Agensi

BANGKOK - Jabatan Alam Sekitar Bangkok menggesa penduduk di ibu negara Thailand memberi perhatian mengenai kualiti udara sekitar selain melindungi diri akibat jerebu yang melanda negara tersebut, lapor portal Thaiger.

Katanya, kualiti udara di Bangkok semakin teruk disebabkan udara tidak bergerak susulan pengaliran udara sejuk dari China dan angin 'lemah'.

Iklan
Iklan

Ketika ini kualiti udara di Bangkok merekodkan bacaan PM2.5 iaitu sekitar 30 hingga 64 mikrogram meter padu.

Tahap selamat untuk PM2.5 adalah bawah 50 mikrogram meter padu.

Iklan
Iklan

Difahamkan keadaan ini semakin teruk dan tiada tanda-tanda menunjukkan ia akan pulih dalam masa terdekat. - Agensi