SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang moyang berusia 102 tahun telah menjadi penerjun udara tertua di dunia selepas beliau berani mencabar adrenalin untuk melakukan aksi itu pada ketinggian 4,300 meter di ruang udara Australia Selatan.
Irene O'Shea berkata, dia berasa 'normal' selepas melakukan terjunan pada kelajuan 220 kilometer sejam itu.
Iklan
Iklan
Wanita centenarian itu pertama kali terjun udara untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-100, namun penganjur mendakwa terjunan pada Ahad lalu itu adalah yang paling berjaya dan mencipta sejarah bagi wanita berusia sepertinya.
"Ia sangat jelas di atas sana dan cuacanya juga sangat baik, namun sangat sejuk," jelas O'Shea.
Difahamkan, O'Shea melakukan cabaran itu untuk mengumpulkan dana bagi yayasan penyakit motor neuron selepas anak perempuannya meninggal dunia akibat penyakit saraf tersebut. - AFP