[VIDEO] Banjir: Penternak ikan sangkar rugi lebih RM1 juta

Iklan
Mustafa (dua dari kanan) bersama penternak lain menunjukkan ikan kerapu hibrid yang mati disebabkan kandungan air masin yang rendah di Laguna Semerak, Pasir Puteh pada Ahad.

PASIR PUTEH - Penternak ikan sangkar di Laguna Semerak di sini kerugian lebih RM1 juta apabila ikan kerapu hibrid mati disebabkan banjir.

Pengerusi Penternak Ikan Laguna Semerak, Mustafa Bakar berkata, ia melibatkan 2,100 petak sangkar yang diusahakan oleh 32 penternak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aliran air banjir serta hujan luar biasa kali ini menyebabkan kandungan kemasinan air di laguna tersebut menurun sekali gus memberi kesan kepada hidupan itu.

"Mengikut jadual kami dijangka menuai hasil pada sambutan Tahun Baharu Cina, Januari ini, bagaimanapun disebabkan bencana penternak hanya berputih mata.

Iklan

Beliau memberitahu, kesemua ikan kerapu hibrid yang dipelihara di kawasan Laguna Semerak itu untuk pasaran Singapura, Kuala Lumpur dan Johor.

Menurut Mustafa, sebulan lalu dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, mereka telah menggali muara bagi memudahkan air masin memasuki laguna.

Iklan

Ujarnya, tidak sampai seminggu disebabkan ombak besar Monsun Timur Laut (MTL) muara tersebut tertimbus semula.

Penternak ikan sangkar di Laguna Semerak, Pasir Puteh kerugian lebih RM1 juta apabila ikan kerapu hibrid mati disebabkan banjir.

Tambah beliau, kerja-kerja menggali memerlukan modal dan penternak berharap pihak berkenaan dapat membina benteng bagi mengelakkan muara tertimbus.

"Hari ini (Ahad) kami telah menggali semula muara dan kemasinan air di laguna juga telah meningkat 70 peratus.

"Penternak berharap dengan langkah ini dapat menyelamatkan ternakan lain yang ada termasuklah ikan siakap," katanya.

Ikuti perkembangan semasa mengenai banjir di seluruh negara di sini!