Tanah runtuh: Operasi SAR ditamatkan

Iklan
Acryl Sani bergambar dengan pasukan operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor pada Ahad

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, ditamatkan pada jam 12 tengah hari, Ahad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan 'flushing' dan 'sweeping' di lokasi kejadian sejak malam Sabtu sehingga pagi Ahad.

Iklan
Iklan

"Kita telah bersetuju tiada lagi mangsa yang belum dijumpai maka pusat operasi SAR ditamatkan pada jam 12 tengah hari," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.

Beliau berkata, polis telah muktamadkan bilangan mangsa terlibat tragedi Tanah runtuh pada 16 Disember lalu adalah seramai 92 mangsa.

Iklan

"Seramai 61 berjaya diselamatkan, manakala 31 meninggal dunia dalam tragedi ini," ujarnya.

Beliau berkata, berapa agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan melaksanakan kerja-kerja teknikal di lokasi kejadian.

Iklan

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi SAR," katanya.

Acryl Sani berkata, beliau percaya setiap agensi telah memainkan secara tepat selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20).

"Tidak ada pertindihan tugas, saya percaya operasi sebegini boleh menjadi contoh dalam operasi SAR akan datang," katanya.