Dua lelaki diberkas curi 252 ‘planter box'

Iklan

PETALING JAYA - Dua lelaki diberkas secara berasingan disyaki terlibat dalam kes kecurian 252 ‘planter box’ dianggarkan bernilai RM252,000, di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita jam 12.06 tengah hari pada hari sama.

Iklan
Iklan

Mohamad Fakhrudin berkata,kedua-dua suspek berusia 32 dan 41 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini pada jam 7.02 malam serta jam 10.05 malam.

"Suspek direman selama empat hari bermula Sabtu sehingga Selasa until membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri harta dalam milikkan tuannya,” katanya.

Iklan
Iklan