SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa nombor telefon peribadinya telah dimasukkan ke dalam sebuah grup WhatsApp dipercayai didalangi oleh scammer.
Beliau bagaimanapun dikeluarkan daripada grup berkenaan selepas memaklumkan telah menyalurkan maklumat berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).