[VIDEO] Ikan kerapu hibrid mati, 32 penternak rugi lebih RM1 juta

Iklan
Mustapa (kanan) bersama rakan-rakannya melihat ikan jenis kerapu yang mati susulan banjir baru-baru ini ketika ditemui pemberita pada Ahad. - Foto Bernama

PASIR PUTEH - Seramai 32 penternak ikan kerapu hibrid di Laguna Semerak, di sini, mengalami kerugian lebih RM1 juta apabila ternakan mereka mati sejak empat hari lepas, akibat banjir.

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak, Mustapa Bakar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.

Iklan
Iklan

"Beribu-ribu ikan kerapu hibrid yang diternak mati setiap hari sejak empat hari lepas. Ikan kerapu hibrid diternak untuk pasaran Kuala Lumpur, Johor dan Singapura boleh dijual pada harga RM60 sekilogram,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata ikan berkenaan sepatutnya boleh dipasarkan pada Februari tahun depan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Iklan

Sementara itu, seorang penternak Wan Ahmad Taufik Wan Shukri, 24, berkata dia mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila sebilangan besar daripada 18,000 ekor ikan yang diternaknya mati.

"Sekarang hanya tinggal kira-kira 4,000 hingga 5,000 ekor ikan yang masih hidup," katanya. - Bernama

Iklan