Conte tidak gembira...

Iklan

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui tidak berapa gembira apabila saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyingkap tirai awal selepas berakhir Piala Dunia Qatar 2022.

Sebaliknya Conte memberikan bayangan akan menurunkan para pemain yang berada di England sebelum ini bagi menggalas cabaran kelab London tersebut di Brentford.

Iklan
Iklan

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung hanya seminggu selepas duo Spurs, Hugo Lloris dan Cristian Romero bertarung di Qatar untuk memenangi Piala Dunia 2022.

Walaupun Conte sudah mengesahkan para pemain finalis Piala Dunia tidak akan bermain, pengendali dari Itali itu juga mengambil keputusan menggantikan Ivan Perisic dari Croatia serta pasangan England, Harry Kane dan Eric Dier selepas ketiga-tiga mereka mara ke peringkat lapan terakhir.

Iklan

"Ia adalah situasi yang pelik dan secara jujurnya pemain beraksi segera - hanya seminggu selepas Piala Dunia - saya tidak begitu gembira.

"Pada pihak lain, anda tentu gembira kerana Tottenham, mempunyai 12 pemain di Piala Dunia bermakna kami berada dalam di landasan yang betul untuk cuba berdaya saing dan memenangi sesuatu pada masa depan.

Iklan

"Tetapi adalah perkara biasa apabila anda mempunyai begitu ramai pemain bermain kejohanan seperti ini, terutamanya pada musim ini, kini ia tidak mudah kerana keadaan fizikal pemain tidak berada di puncak," katanya.