Naluri 'pemusnah' Haaland

Iklan
Erling Haaland -Foto EPA

PEMAIN sensasi Manchester City, Erling Haaland mampu konsisten dengan penyudah yang tajam di depan gawang sepanjang karier bola sepaknya.

Rakan sepasukan, Kevin De Bruyne percaya pemain berusia 22 tahun itu berupaya meledak sehingga 800 gol sebelum berakhir kerjayanya.

Iklan
Iklan

Haaland sudah menyumbat 24 gol dalam hanya 19 penampilan sejak berhijrah dari Borussia Dortmund.

"Haaland sudah mengumpul 200 gol. Jadi dia mungkin mampu pergi sehingga 600, 700 atau 800 gol jika dia kekal cergas dan melakukan apa yang dia sering lakukan," ujar De Bruyne.

Iklan

Pemain Belgium itu sudah bermain dengan beberapa penyerang ternama dalam kariernya dan cukup serasi dengan kehadiran Haaland bersama The Citizens.

De Bruyne sebelum ini bergandingan dengan penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero sebelum pemain Argentina itu meninggalkan Stadium Etihad pada 2021.

Iklan

Dia juga pernah berpasangan bersama Romelu Lukaku di peringkat antarabangsa, bekas rakan sepasukan City, Gabriel Jesus dan juara Piala Dunia baharu, Julian Alvarez yang masih bersama The Citizens.

De Bruyne menganggap kesemua penyerang itu sukar untuk dibandingkan kerana mereka mempunyai karakter berbeza.

"Masing-masing sudah menjaringkan 300 atau 400 gol. Erling sangat dahagakan gol jadi dia mungkin mampu melepasi angka itu.

"Dia masih muda dan sedang menikmati kerjayanya, tetapi pada masa sama begitu serius dengan bola sepak.

"Dia amat suka menjaringkan gol dan itu yang paling unik tentang dirinya," katanya.