Tanah runtuh: Pusat Pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara

Iklan
Juwairiya turut berkongsi gaambar kejadian runtuhan tanah pada hari kejadian di laman Facebooknya.

KUALA SELANGOR - Pusat Pelancongan Bukit Malawati di sini ditutup sementara bermula pada Selasa bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan runtuhan tanah oleh pihak berkuasa tempatan.

Kejadian runtuhan tanah di pusat pelancongan berkenaan pada Ahad dipercayai berpunca daripada pokok berusia 50 tahun yang tumbang akibat hujan lebat disusuli dengan angin kencang.

Iklan
Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli berkata, beliau menerima maklumat kejadian sekitar kira-kira jam 7 pagi yang disaksikan seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang mahu melakukan tugasan pemantauan.

"Kejadian itu menyebabkan hakisan dan pergerakan tanah. Berkemungkinan juga akibat musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan keadaan tanah tidak stabil.

Iklan

"Selain itu, faktor pokok yang sudah uzur dan perlu ditebang lebih awal bagi mengelak kejadian seperti ini," katanya dalam satu kenyataan susulan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Sehubungan itu, Juwairiya berkata, anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) giat menjalankan pembersihan.

Notis penutupan Pusat Pelancongan Bukit Malawati oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Iklan

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, pusat pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara bagi tujuan pembersihan dan baik pulih demi keselamatan pengunjung.

"Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat. Semoga seluruh rakyat Kuala Selangor dilindungi ALLAH SWT," katanya.