Hampir dua ratus orang turun ke laut bagi mencari siput mentarang di pantai Kuala Sungai Baru.
Mentarang yang berkurangan sejak tiga tahun lalu muncul dan menjadi sumber rezeki tambahan kepada nelayan tempatan yang tidak dapat turun ke laut akibat peralihan monsun dan laut bergelora.
Walaupun air setinggi dada, kaum wanita dan kanak-kanak tidak melepaskan peluang turun menyelam mentarang. Aktiviti menyelam mentarang dilakukan seawal pagi sehingga lewat petang.
Mentarang di sini sedap dibandingkan di tempat lain kerana tanah liat manakala di tempat lain berpasir. Pelbagai jenis menu boleh dimasak dengan mentarang ini seperti kerabu, bakar dan rebus mengikut citarasa masing-masing.
Hampir empat tan mentarang berjaya dikutip setiap hari oleh nelayan dalam Pesta Mentarang di pantai Kuala Sungai Baru di sini. Mentarang segar dijual dari harga RM10 hingga RM16 sekilogram.