KUALA LUMPUR - Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali dekat sini pada 16 Disember lepas merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.
Tragedi pada kira-kira jam 2.30 pagi 16 Disember itu, membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.
Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan tersebut.
Menurut Komander Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Mohd Khairul Jamil ketika menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan, pihaknya agak terkejut apabila diberitahu jumlah mangsa yang terlibat adalah 100 orang.
"Kebiasaannya sebelum ini kejadian runtuhan hanya melibatkan seramai tiga atau empat orang mangsa, bila diberitahu 100 orang mangsa terlibat dalam kejadian pada hari itu ia amat mengejutkan saya.

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia diberi taklimat sebelum memasuki lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, bagi melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dipercayai tertimbus akibat tragedi tersebut. - Foto Bernama