Mangsa banjir tagih bekalan elektrik, air

Iklan
Yusmaliza menunjukkan rumahnya di Kampung Tersang, Rantau Panjang yang ditenggelami air dan menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah dialami.

RANTAU PANJANG - Mangsa banjir di beberapa buah kampung di sini menagih agar bekalan elektrik dan air segera dipulihkan selepas hampir seminggu terputus.

Penduduk di Kampung Tersang, Adnan Ibrahim, 49, berkata, ketiadaan bekalan elektrik dan air itu memberi kesukaran buatnya untuk melakukan kerja mencuci kawasan rumah.

Iklan
Iklan

Seorang lagi penduduk, Yusmaliza Ibrahim, 40, memberitahu, walaupun tiada bekalan elektrik dan air, dia tetap melakukan kerja mencuci menggunakan lebihan air banjir.

Ujarnya, banjir baru-baru ini merupakan kali keempat yang dialami tahun ini dan terburuk sehingga menenggelamkan rumahnya.

Iklan
Hisrin Najihah tetap pulang ke rumah pada siang hari untuk mengemas walaupun bekalan elektrik dan air masih belum pulih.

Tambahnya, pada sebelah malam dia memilih untuk menumpang tidur di rumah saudaranya berbanding di PPS.

"Anak-anak dah jemu tinggal di PPS memandangkan sejak dari 10 Disember lagi kami sudah berulang alik ke sana.

Iklan

"Itu belum termasuk bulan Februari dan November lalu, nasib baik ada rumah saudara mara yang boleh ditumpang untuk anak-anak melepaskan rindu pada tilam, televisyen kerana sekarang cuti sekolah," jelasnya.

Bagi Hisrin Najihah Mohd Rodi, 21, pula dia berharap bekalan elektrik dan air dapat disegerakan kerana mereka sudah terlalu rindu untuk pulang ke rumah.

Keadaan banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang semakin pulih apabila air mulai surut pada Isnin.

Dia memberitahu, melihat keadaan air di kawsan rumahnya ia akan mengambil masa selama seminggu lagi untuk betul-betul kering.

"Kami reda, hidup perlu diteruskan," ujarnya.

Ikuti perkembangan semasa mengenai banjir di seluruh negara di sini!