GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di Pos Gob merayu pihak berkuasa mencari kaedah terbaik bagi membantu 175 pelajar yang dikhuatiri akan terkandas dan tidak dapat memulakan sesi persekolahan 1 Januari ini, sekiranya laluan menghubungkan perkampungan mereka dengan Gua Musang masih rosak.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Gob, Uda Alang berkata, disebabkan jalan balak rosak dan sebuah jambatan kayu runtuh, sebahagian pelajar terbabit juga tidak pulang ke asrama dan seterusnya tidak hadir pada sesi persekolahan lepas.
Menurutnya, meskipun terdapat kenderaan pacuan empat roda yang disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membawa pelajar ke sekolah, sebagai ibu bapa mereka tetap memikirkan risiko keselamatan anak-anak yang terpaksa melalui jalan yang rosak.
"Dianggarkan175 pelajar sekolah tinggal di Pos Gob dan kami bimbang untuk membenarkan anak ke sekolah kerana keadaan jalan yang rosak teruk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Uda berkata, melihat kepada kesulitan yang bakal dihadapi anak-anak mereka, diharapkan kerajaan dan JAKOA dapat membantu menyediakan pengangkutan udara kepada pelajar sekolah rendah serta menengah di penempatan itu supaya mereka dapat kembali ke Gua Musang untuk memulakan sesi persekolahan.
Sementara itu, Pandak Ngah, 65, berkata, sebahagian daripada 175 pelajar itu merupakan mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.
"Jarak sekolah yang jauh menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka terutamanya yang masih kecil ke sekolah sejak tiga bulan lepas sehingga mengakibatkan keciciran dalam pelajaran,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusoff mengesahkan menerima aduan berkenaan permasalahan tersebut dan akan mengadakan perbincangan dengan JAKOA serta agensi kerajaan yang lain bagi mencari jalan penyelesaian.
"Saya sarankan supaya kerajaan memberi bantuan khidmat helikopter untuk membawa anak-anak Orang Asli ke sekolah rendah atau menengah terutamanya di kawasan pedalaman seperti Pos Gob.
"Ini kerana ibu bapa bersungut tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah kecuali jika bantuan helikopter dapat digunakan bagi mengangkut pelajar terbabit,” katanya. - Bernama