Bomba setuju tangguh operasi cari Acap, serah pada penduduk kampung: Zuraida

Iklan
Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman menerangkan kepada Zuraida mengenai operasi pencarian mangsa yang hilang sejak 25 hari lalu.

GOPENG - Keputusan menghentikan sementara operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, dijangka akan diketahui esok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, pihaknya menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengadakan perbincangan bersama PDRM bagi menetapkan tarikh dan tempoh masa yang diperlukan bagi membolehkan penduduk kampung menjalankan usaha menjejaki mangsa.

Iklan
Iklan

"Ia adalah permintaan penduduk di sini berdasarkan pengalaman mereka, ada kes orang hilang yang berjaya dikesan dan minta kita keluar dari kawasan ini dengan beri masa antara dua atau tiga hari.

Zuraida sempat bertemu dengan ibu Acap, Siti Maznah yang hadir di Pos Kawalan Bomba Kampung Pintu Padang, hari ini.

"Kita harus berbincang dan lihat bagaimana perkembangannya. Mungkin dengan izin ALLAH SWT, kita dipertemukan dengan Acap. Pada prinsipnya kita bersetuju akan perbincangan akan diadakan hari ini dengan keputusan diketahui esok" katanya ketika lawatannya ke Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang di sini, hari ini.

Iklan

Zuraida sempat bertemu dengan ibu Acap, Siti Maznah Khamis, 58, dan ahli keluarganya yang hadir.

Menurutnya, meskipun pencarian itu akan ditangguhkan, bomba dan polis sentiasa bersiap sedia memberi sokongan dalam menghadapi sebarang perkara kecemasan.

Iklan
Zuraida (tengah) dalam sidang media setuju penangguhan sementara operasi mencari Acap dilaksanakan atas permintaan penduduk.

"Sesuatu operasi mencari dan menyelamat (SAR) bergantung kepada pihak polis dan mereka yang bertanggungjawab menghentikan SAR ini.

"Kita juga akan berbincang dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagaimana untuk mereka jalankan pencarian dan pihak penyelamat bersedia sekiranya ada kecemasan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Keluarga minta orang ramai berhenti cari Ashraf