PH dapat kepercayaan rakyat jika selesai isu air, kata pemimpin Pas Kedah

Iklan
Hanif (kiri) berbincang sesuatu dengan ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor sebelum hari kedua Sidang DUN Kedah ke-14 bermula, semalam.

ALOR SETAR - Kerajaan PH mampu mendapat kepercayaan rakyat jika berjaya menyelesaikan masalah air yang semakin kritikal di DUN Tanjung Dawai dan Parlimen Merbok yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Hanif Ghazali (Tanjung Dawai-Pas) berkata, faktor besar kejatuhan BN pada PRU14 di DUN berkenaan dan Parlimen Merbok adalah disebabkan oleh isu air.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi penduduk yang tinggal di kawasan tersebut, mereka tidak memikirkan parti mana yang mewakili mereka di Sidang DUN Kedah kerana paling penting adalah air yang mengalir masuk ke dalam rumah mereka.

"Saya mohon untuk mendapatkan maklum balas yang boleh menggembirakan warga Tanjung Dawai berkaitan dengan isu yang berlaku ini. Bacaan politik PH di DUN ini 'out' namun nama PH boleh dinaikkan kembali dengan isu air (jika berjaya menyelesaikannya).

Iklan

"Saya sebutkan pasal ini kata rakyat, tidak apa jika saya tiada di dewan ini pada masa hadapan tetapi nak beritahu isu air ini begitu besar di DUN Tanjung Dawai. UMNO jatuh kerana air dan saya yakin dengan PH untuk menunaikan janji-janji mereka," katanya.

Menurutnya, beliau mengakui ketiadaan air menyebabkan kehidupan penduduk di sekitar kawasan itu semakin tertekan sehingga berlakunya pertengkaran penduduk dengan pihak yang membekalkan air seperti yang tular di media sosial.

Iklan

"Saya bersimpati dengan Ahli Parlimen Merbok (Nor Azrina Surip-PKR) yang mendapat pelbagai kecaman ketika berkongsi usaha-usahanya untuk mengurangkan beban rakyat di kawasan itu. Beliau terima kecaman yang cukup hebat dari warga Tanjung Dawai.

"Saya nak sebut apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang tidak dapat diterima oleh penduduk tanpa satu keputusan yang muktamad bilakah projek (untuk atasi masalah air) akan dimulakan," katanya.

Masalah yang diutarakan oleh ADUN Tanjung Dawai itu turut mendapat perhatian Datuk Johari Abdul (Gurun-PKR) yang mahu Kerajaan Kedah memberi perhatian dengan menyelesaikannya segera semasa membahaskan usul permohonan tambahan peruntukan wang bekalan air bagi 2019.

Jelasnya, masalah air yang dihadapi di DUN Tanjung Dawai berlaku pada setiap tahun malah di kawasannya terutamanya di Pekan Gurun turut menghadapi masalah yang sama.