Terengganu salur dana besar kepada TFC

Iklan
Ahmad Samsuri

KERAJAAN Terengganu dijangka menyalurkan peruntukan lebih besar kepada Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi Liga Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya telah memberi suntikan dana sebanyak RM20 juta pada tahun ini dan hasilnya, beberapa pencapaian dilakar termasuk kejayaan TFC beraksi di pentas akhir Piala FA serta mara ke Piala AFC.

Iklan
Iklan

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi semasa, kerajaan negeri yakin mampu memperoleh lebih banyak penajaan untuk disalur kepada kelab bola sepak supaya lebih berjaya dan digeruni.

"Dengan perkembangan ekonomi yang baik, kita percaya akan dapat dana yang lebih besar untuk kelab menghadapi cabaran Piala AFC pada September depan,” katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT pada Isnin.

Iklan

Ahmad Samsuri juga berkata PBSNT akan memperkenal Liga Bolasepak Terengganu (TFL) di pelbagai peringkat bagi mencungkil lebih banyak bakat muda tahun depan.

Beliau berkata, kerjasama ahli gabungan PBSNT di peringkat daerah amat diperlukan bagi merealisasi dan melancarkan penganjuran TFL demi kemajuan bola sepak negeri.

Iklan

"Sebelum ini, TFL kita hanya ada Piala Menteri Besar tetapi untuk 2023, kita akan anjurkan Liga Super TFL, Liga Premier TFL, TFL Bawah 16 tahun dan Bawah 12 Tahun untuk cungkil bakat serta pelapis baharu dalam sukan bola sepak.

"Setiap daerah perlu menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan yang diadakan di peringkat negeri,” katanya. - Bernama