Seoul bertindak balas 'provokasi' Pyongyang

Iklan
Korea Selatan melancarkan jet pejuang dan melepaskan tembakan amaran selepas dron milik Pyongyang didakwa mencabuli ruang udang negara itu pada Isnin. - Foto: Agensi

SEOUL - Korea Selatan melancarkan jet pejuang dan helikopter penyerang serta melepaskan tembakan amaran selepas dron milik Pyongyang didakwa mencabuli ruang udang negara itu pada Isnin.

Agensi berita Yonhap melaporkan Korea Utara menerbangkan beberapa dron merentasi sempadan Seoul hingga memaksa langkah pertahanan segera terpaksa diambil.

Iklan
Iklan

"Kejadian pencerobohan itu berlaku di kawasan sempadan sekitar wilayah Gyeonggi," ujar Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Pengangkutan mengesahkan penerbangan dari lapangan terbang Incheon dan Gimpo turut digantung sementara atas permintaan tentera. - AFP

Iklan
Iklan