Penunggang motosikal maut gagal potong lori

Iklan
Seorang penunggang motosikal maut bertembung dengan SUV selepas dipercayai gagal memotong sebuah lori di Kilometer 26, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Bukit Sejuk, Gua Musang pada Isnin.

GUA MUSANG - Seorang penunggang motosikal maut bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas dipercayai gagal memotong sebuah lori di Kilometer 26, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Bukit Sejuk di sini pada Isnin.

Mangsa, Md Zulfikal Ami Abdul Rahman, 31, maut di lokasi dalam kejadian jam 9.05 pagi.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Laloh, Kuala Krai ke Gua Musang.

"Bagaimanapun, mangsa gagal memotong lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, susulan itu motosikal jenis Y15 yang ditunggang mangsa bertembung dengan SUV dari arah bertentangan.

Menurutnya, SUV jenis Honda CR-V itu sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Pasir Puteh dan pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.