Banjir landa selatan Filipina, hampir 46,000 dipindahkan

Iklan
Penduduk dipindahkan selepas banjir mencapai paras dada di bandar Ozamiz. - Foto AFP

MANILA - Hampir 46,000 penduduk terpaksa berpindah selepas banjir melanda wilayah selatan Mindanao yang turut meragut dua nyawa manakala sembilan dilaporkan hilang.

"Banjir mencecah paras dada di beberapa kawasan berikutan hujan lebat berterusan. Tetapi, hujan telah mula reda pada hari ini," kata jurucakap pasukan pertahanan awam, Robinson Lacre di bandar Gingoog pada Isnin.

Iklan
Iklan

Difahamkan, cuaca buruk melanda bahagian tengah dan selatan Manila ketika negara terdedah bencana yang berpopulasi 110 juta penduduk itu sedang bercuti panjang sempena Hari Natal.

Tiupan angin kencang dan ombak besar dilaporkan turut menenggelamkan bot nelayan di luar pantai Pulau Leyte hingga menyebabkan dua kru terkorban. - AFP

Iklan
Iklan