Tottenham bangkit ikat Brentford

Iklan
Kane

HARRY Kane mengetepikan aura Piala Dunia Qatar 2022 ketika mengemudi kebangkitan Tottenham Hotspur untuk mengikat Brentford 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Community Gtech.

Gol awal Vitaly Janelt (15') dan jaringan jarak dekat Ivan Toney (54') sejurus selepas rehat meletakkan Brentford 2-0 di depan ketika Tottenham bergelut menangani asakan tuan rumah.

Iklan
Iklan

Kane, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti lebih dua minggu lalu yang menyaksikan kekalahan England kepada Perancis di Qatar 2022 di suku akhir, menanduk masuk bola pada minit ke-65 untuk menghidupkan talian hayat pasukannya.

Pierre-Emile Hojbjerg, seorang daripada lima pemain permulaan Tottenham yang beraksi di Piala Dunia, kemudian menyamakan kedudukan dengan penyudah tenang pada minit 71'.

Iklan
Iklan

Tottenham berada di tempat keempat dengan 30 mata manakala Brentford kendalian Thomas Frank di tempat kesembilan.