Garuda ratah Brunei, Thailand mudah jinakkan Filipina

Iklan
Indonesia melakar kemenangan terbesar dalam kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 selepas berpesta gol membelasah Brunei 7-0 pada aksi Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada malam Isnin.

INDONESIA melakar kemenangan terbesar dalam kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 selepas berpesta gol membelasah Brunei 7-0 pada aksi Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada malam Isnin.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut dicatat skuad Garuda selepas mengatasi Kemboja 2-1 pada aksi pembukaan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Jumaat lepas.

Iklan
Iklan

Skuad bimbingan Shin Tae Yong itu mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Syahrian Abimanyu pada minit ke-20 sebelum Dendy Sulistyawan menggandakan kedudukan empat minit sebelum rehat.

Indonesia kini berkongsi enam mata dengan pendahulu juga juara bertahan Thailand yang turut melakar kemenangan kedua berturut-turut dengan membenam cabaran Filipina 4-0 di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani pada satu lagi aksi pada malam Isnin.

Iklan

Penyerang prolifik Teerasil Dangda meledak dua gol masing-masing pada minit ketiga dan ke-41 sebelum skuad kendalian Alexandre Polking itu menambah dua lagi jaringan pada babak kedua menerusi penyudah Adisak Kraison minit ke-57 dan Suphanan Bureerat enam minit kemudian.

Indonesia akan melayani kunjungan Thailand pada aksi tumpuan Kumpulan A di Jakarta, Khamis ini dan pasukan yang menang berpeluang cerah mara ke peringkat separuh akhir selaku juara kumpulan.

Iklan

Sebagai rekod, kemenangan terbesar sebelum ini dilakar Vietnam yang menumpaskan Laos 6-0, Rabu lepas. - Bernama