Jumlah mangsa banjir di Terengganu tidak berubah

Iklan
Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah dengan seramai 138 mangsa dari daerah Besut kekal berada di pusat pemindahan sementara.

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah dengan seramai 138 mangsa dari daerah Besut kekal berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat jam 8 pagi Selasa, semua mangsa dari 41 keluarga itu ditempatkan dua PPS.

Iklan
Iklan

"Masjid Kampung La merekodkan seramai 126 mangsa dari 38 keluarga manakala tiga keluarga melibatkan 12 penduduk lagi ditempatkan di balai raya Kampung Pantai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu menyebabkan lebih 40,000 penduduk yang terjejas dipindahkan ke PPS di lapan daerah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mereka dibenarkan pulang dan PPS mula ditutup secara berperingkat susulan cuaca cerah.