'United beri janji palsu'

Iklan
Lingard

JESSE Lingard mendakwa Manchester United memberikan janji palsu sebelum perpindahannya ke Nottingham Forest.

Lingard merupakan produk akademi United dan menghabiskan 22 tahun di kelab itu sebelum perpindahan secara percuma ke Nottingham Forest penghujung musim lalu.

Iklan
Iklan

Pemain antarabangsa England itu banyak berperanan sebagai pemain ganti dalam skuad senior United sebelum diketepikan pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020-2021 apabila dia gagal membuat sebarang penampilan.

Ia menyebabkan Lingard menyertai West Ham United secara pinjaman dan tampil cemerlang menjaringkan sembilan gol EPL yang sekali gus menjadi kempen terbaik untuknya.

Iklan

Kecemerlangan Lingard itu kembali menarik perhatian United yang menolak beberapa tawaran perpindahan, namun tetap melayan pemain itu sebagai pemain tidak penting dalam pasukan dengan empat penampilan sepanjang musim 2021-2022.

Kekurangan minit permainan semasa tahun terakhirnya di kelab itu menimbulkan tanda tanya sekali gus mendakwa United memberikan janji palsu untuk mengekalkanya di kelab itu.

Iklan

"Saya tidak tahu mengapa saya tidak bermain. Saya tidak tahu apa masalahnya, sama ada politik atau apa sahaja. Saya masih belum mendapat jawapan sehingga hari ini.

"Ia adalah janji palsu. Saya berlatih dengan keras dan bersedia untuk bermain dalam perlawanan. Apabila anda bekerja keras dalam latihan dan tidak bermain pada penghujungnya, ia sangat mengecewakan.

"Saya terpaksa bertahan tahun lepas kerana saya tahu saya akan berpindah secara percuma.

"Saya meneruskan latihan saya dan melakukan kerja saya, kemudian saya akan datang dan cuba memberikan yang terbaik. Tahun lalu adalah sangat sukar," katanya.