Conte kecewa benteng pertahanan Tottenham lemah

Iklan
Antonio Conte - Foto AFP

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte berang dengan persembahan yang dipamerkan barisan pertahanannya selepas seri 2-2 menentang Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.

Menurutnya, pemain di bahagian pertahanan perlu memperkemaskan aksi sekiranya mahu melihat pasukan menyudahkan saingan liga dalam kelompok empat terbaik.

Iklan
Iklan

"Saya agak gembira kerana cara kami bermain pada separuh masa kedua dengan tenaga, keinginan dan intensiti. Apabila anda bermain seperti ini anda mencipta masalah kepada lawan.

"Namun, saya kecewa kerana kami telah melepaskan gol pertama dalam enam perlawanan liga berturut-turut.

Iklan

"Kami perlu mencari penyelesaian untuk mengelakkan pasukan melepaskan gol pertama dan kedua berulang kali.

"Ini adalah kali pertama dalam karier saya dibolosi terlebih dahulu dalam banyak perlawanan secara berturut-turut," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan di Stadium Community Gtech itu, Tottenham terpaksa bangkit menerusi gol Harry Kane dan Pierre-Emile Hjobjerg pada separuh masa kedua selepas ketinggalan dengan jaringan Vitaly Janelt dan Ivan Toney.

Dalam pada itu, Conte tidak berhasrat menyambar pemain baharu untuk mengukuhkan jentera pertahanan pasukan itu.

"Kami hanya perlu bekerja keras di bahagian pertahanan dan saya tidak lihat kami perlu menambah pemain," katanya.