KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) terus mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat Covid-19 susulan peningkatan mendadak penyakit itu yang dilaporkan di China ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, antara langkah akan diambil ialah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan dan kematian.
"KKM menggesa agar semua individu yang layak, tampil untuk mendapatkan vaksin dos penggalak supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan optimum terhadap penyakit Covid-19,” katanya dalam kenyataan itu.
Peningkatan penyakit berkenaan sebelum ini dinyatakan pada sidang media oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 21 Disember lepas dan kebimbangan tersebut berikutan Malaysia telah membuka sempadan kepada pelancong dari luar negara sekali gus meningkatkan aktiviti industri pelancongan dan sektor ekonomi lain.
KKM juga akan mengukuhkan pengurusan Covid-19 menerusi pendigitalan pengurusan kesihatan dengan menambah baik pendekatan Find, Test, Trace, Isolate, and Support (FTTIS) yang diautomasikan.
Melalui pendekatan itu, individu yang menjalani ujian pengesanan Covid-19 kendiri boleh melaporkan keputusan ujian ke aplikasi MySejahtera selain melakukan ujian di fasiliti kesihatan, dan keputusan ujian akan dikemas kini dalam aplikasi tersebut dengan kes positif diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian secara digital.
Selain itu, KKM juga akan memastikan semua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bersedia menerima kedatangan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit positif dengan fungsi pengoperasian CAC meliputi mengenal pasti pesakit memenuhi kriteria untuk dipantau di rumah serta menilai dan memantau perkembangan pesakit sepanjang tempoh pengasingan.
Seterusnya, CAC juga akan memulakan rawatan Paxlovid (nirmatrelvir atau ritonavir) kepada kumpulan pesakit COVID-19 berisiko tinggi, mengenal pasti dan menyelaras pesakit perlu dirujuk ke hospital serta membuat penilaian dan pelepasan kepada kes positif telah tamat tempoh pengasingan.
Dr Noor Hisham berkata, KKM juga telah memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid ke Covid-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April lepas untuk merawat pesakit mengalami gejala ringan hingga sederhana atau kategori dua dan tiga dengan mengutamakan pesakit berisiko tinggi.
Penggunaan ubat dan rawatan tersebut telah diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta dan diberikan kepada pesakit secara percuma namun masih tertakluk kepada caj perkhidmatan rundingan berkaitan.
Menurut beliau, KKM akan memantau dengan rapi penularan jangkitan itu dalam masyarakat menerusi pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel penyakit seperti influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di seluruh negara.
"Ia turut disokong dengan aktiviti penjujukan genom menyeluruh (WGS) bagi mengesan varian baharu serta aktiviti survelan persekitaran melalui persampelan air kumbahan dari lokasi persampelan yang dikenal pasti di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata, KKM juga telah menggerakkan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk memperkasa kawalan kendiri kesihatan merangkumi pemerkasaan individu dalam mengambil tindakan pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan kepatuhan rawatan dan mengamalkan norma baharu serta pemakaian pelitup muka.
KKM menasihati orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat bagi menghindari jangkitan Covid-19 dan penyakit berjangkit lain, selain perlu mengamalkan TRIIS dan memakai pelitup muka di kawasan sesak. - Bernama