Perak arah penutupan penuh 14 hari restoran kotor

Iklan
Sivanesan (tengah) ketika sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Selasa.

IPOH - Kerajaan Perak mengarahkan Jabatan Kesihatan negeri untuk mengenakan tindakan penutupan terus premis selama 14 hari terhadap mana-mana restoran atau kedai makan yang kotor di negeri itu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A Sivanesan berkata, tindakan tersebut boleh dilaksanakan di bawah Akta Makanan 1983.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu dibuat kerana tidak mahu kejadian restoran mahupun kedai makan yang mengabaikan aspek kebersihan premis mereka berulang.

"Saya beri amaran kepada semua pengusaha makanan di Perak khasnya restoran yang buka 24 jam, kalau mereka tak boleh menjaga kebersihan restoran mereka, alasan mereka bagi kebiasaannya tak cukup pekerja, tetapi boleh pula buka 24 jam.

Iklan

"Sebelum ini kita beri notis 14 hari untuk tutup tetapi dalam masa dua hari boleh buka balik setelah pemeriksaan dibuat oleh pegawai kesihatan. Tapi kali ini kita akan tutup terus 14 hari dan pegawai kesihatan akan melawat pada hari ke-13 untuk membuat pemeriksaan bagi memberi pengajaran kepada mereka bahawa kita tak kompromi soal kesihatan," katanya ketika sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Sementara itu, Sivanesan berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian kes terhadap makanan yang dijual di kafeteria lima hospital di Perak iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Hospital Taiping, Hospital Manjung, Hospital Teluk Intan dan Hospital Batu Gajah.

Iklan

Menurutnya, kajian kes berkenaan untuk melihat makanan yang dijual di kafeteria hospital-hospital tersebut berkualiti dan bernutrisi.

"Pegawai dietetik (dietician) perlu turun ke kafeteria hospital ini bagi melihat makanan yang dimasak dan berkualiti. Kalau kafeteria hospital tidak dibuat, jadi bagaimana kita nak didik masyarakat.

"Selain itu, makanan bukan Melayu juga harus dijual dengan syarat ia halal dan perlu diambil perhatian oleh pengendali kafeteria," katanya.